Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan.
Mengapa perlu
persetankan mereka yang berlainan bangsa atau agama, sedangkan buta
terhadap aib sendiri? Sama-sama renungkan dan muhasabah diri. Cukup
sudah telinga ini mendengar kata-kata dusta.
Usaha dan teruskan berjuang memperbaiki diri dahulu untuk-Nya sebelum membina masyarakat dan negara.
Kerana hanya Dia Maha Mengetahui dan Maha Adil.
(Maaflah, diri ini jarang sekali naik memberang dalam bahasa ibunda.
Tetapi sebagai anak bangsa yang kini berada di perantauan, dan sedang
menyaksikan kejahilan sesetengah pihak di tanah air tercinta yang masih
enggan insaf, penulis sememangnya tidak mampu berdiam diri.)
No comments:
Post a Comment